background

Yeay ! Aku dah dapat !

Assalamualaikum , hai dan hallu-hallu

Aku bo bo bo bosan , aku bosan dengan bla bla bla bla bla

Ececehh menyanyi pulak . Takdelaa aku memang tengah bosan tahap gaban dah ni . Taktahu nak buat apa . Orang suruh kerja malas , nak keluar malas . Semua malas hahaha . Anyway , result SPM tinggal beberapa hari je lagi . Uwaaa ! mahu meraung jiwa ini ketakutan . Debaran kian terasa . Yela , SPM kot ! bukan PMR ! Bukan UPSR ! Errrr -.- 

Tengah kebosanan ni aku pon tukarlah background twitter aku hahaha . nak tengok takk ?

Apa ?

Taknak ?

Tak kisah , nak tunjuk jugak .*muka poyo


Haa , comel tak ?

Mestilaa comel

*poyo lagi hahaha

Ehhh , tersasar dari landasan pulak . Sebenarnya , aku nak cerita yang aku dah dapat lesen P ! Yeay ! hahaha . Excited kot . Korang tak tahu perasaan aku . 

Hampir hari-hari aku pergi belaja kereta , moto lagi . Akhirnya , dapat ! 

02 March 2014
Aku dah booking test kereta dengan moto . Masa ni , moto aku dapat giliran ke 15 dan kereta pulak aku dapat giliran ke 2 . Mak aihh ! Yang kereta tuh , orang pertama yang patut test kereta dulu tak datang dan masa tuh aku kena test moto . Uwaa ! Stress gila . Dengan nervous dan stressnya , aku buat moto . First ujian , yang kena imbangkan moto atas titi . Masa tuh , tayar depan moto aku dah turun dah tapi disebabkan aku tak yakin yang aku dah cukup 7 saat ke belum . Konon-kononnya nak perlahankan moto tuh , tapi moto yang aku naik tuh buat hal . Aku brek sikit je terus berhenti . Apalagi nak jatuh laa aku , dan akhirnya kaki aku pijak tanah . Gagal ! Frust kot aku . Aku teruskan dengan jalanraya . Lepas sudah semua . Cikgu kat situ terus panggil aku untuk ujian kereta . Aku tengah frust ni , boleh pulak dia panggil aku . Masa tuh rasa nak campak je cikgu tuh dalam longkang . Tapi aku cuba bersabar , tak baik derhaka kat cikgu , tak berkat . Lepas daki bukit , buat parking dan tiga penjuru semua . Aku lulus semua tuh . Tapi tetap frust menonggeng . Keputusannya . moto aku gagal ! Kereta aku lulus . 

Seminggu aku tak makan nasi tahu !

09 March 2014
Aku pergi lagi litar memandu . Nak repeat test laa ! Masa ni dah tak nervous dah . Aku dah nekad dah , kalau tak lulus jugak , aku malas nak repeat dah ! Giliran aku time tuh last sekali , aku lupa nombor berapa . Dan akhirnya lulus ! LULUS ! hahaha .

Hari ni aku dah dapat lesen P aku yeayy !

Moral of the story , jangan mudah putus asa ! Jangan jadi macam aku , first trial dah frust menonggeng , tak makan nasik . Tak boleh macam tuh , cuba lah lain kali pulak . Okayy !

Babaiii

XOXO XD


4 comments:

  1. ok la tu.. janji lulus dua2 nya... keta n motor. walaupun kena repeat motor tu...

    thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    *alhamdullilah. pasni kena drive dan bawa motor bebaik. hehehe ~~~

    ReplyDelete
  3. Salam ukhwah..jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Nak URL Blog #3 Mialiana.com.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  4. hahahaha takpe yus . nanti nanti dapatkan ehh

    ReplyDelete