background

A new chapter


Assalamualaikum dan hai 

Dah berzaman aku tinggal belog aku ni . Sorry yaaa blog sayang . Dah berhabuk dah kau . Sebenanrnya , aku malas nak update ketandusan idea . Takde cerita . Al-maklumlah , hidup aku pon macam lifeless gila . So , aku takde cerita laa . Lepas aku dapat result SPM hari tu . Aku jadi takde mood nak menaip hahahaha . Then , pastuh sibuk pulak dengan keputusan matrikulasi dan sekarang ni pulak sibuk dengan keputusan IPTA . Because of keputusan-keputusan tersebut , aku jadi malas hahahaha .

Dahlah malas nak cakap bebanyak . 

Beberapa minggu yang lepas , aku dah dapat keputusan untuk matrikulasi . Dan keputusannya , Alhamdulillah , aku berjaya . Aku dapat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) . Lepas dapat tahu je keputusan tersebut , aku fikir-fikir dulu further study kat matrikulasi ni . Sebab result ke IPTA tak keluar lagi . Tapi dalam hati aku , aku rasa aku memang nak pergi sebab aku bercita-cita nak further study aku kat oversea . One day nanti .

Okay . Untuk ke IPTA , Alhamdulillah , aku dapat jugak . UITM -Diploma kejuruteraan kimia . Aku bersyukur gila-gila sebab aku ada pilihan untuk further study . Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah .

So , sekarang ni , aku dah buat keputusan . Aku dah fikir masak-masak . Aku akan further study kat matrikulasi . Memang ramai yang cakap matrikulasi ni susah . Tapi selagi niat kita nak study , niat kita betul . Semua akan okay laa . InsyaAllah , aku nak buktikan kepada semua orang matrikulasi tak susah seperti kita pikirkan . InsyaAllah .

Dalam hidup ni , semua benda susah . Takde benda pon yang senang , kan ?

So , doa-doakanlah diriku hehehehe . 


Babaii 
XOXO


Yeay ! Aku dah dapat !

Assalamualaikum , hai dan hallu-hallu

Aku bo bo bo bosan , aku bosan dengan bla bla bla bla bla

Ececehh menyanyi pulak . Takdelaa aku memang tengah bosan tahap gaban dah ni . Taktahu nak buat apa . Orang suruh kerja malas , nak keluar malas . Semua malas hahaha . Anyway , result SPM tinggal beberapa hari je lagi . Uwaaa ! mahu meraung jiwa ini ketakutan . Debaran kian terasa . Yela , SPM kot ! bukan PMR ! Bukan UPSR ! Errrr -.- 

Tengah kebosanan ni aku pon tukarlah background twitter aku hahaha . nak tengok takk ?

Apa ?

Taknak ?

Tak kisah , nak tunjuk jugak .*muka poyo


Haa , comel tak ?

Mestilaa comel

*poyo lagi hahaha

Ehhh , tersasar dari landasan pulak . Sebenarnya , aku nak cerita yang aku dah dapat lesen P ! Yeay ! hahaha . Excited kot . Korang tak tahu perasaan aku . 

Hampir hari-hari aku pergi belaja kereta , moto lagi . Akhirnya , dapat ! 

02 March 2014
Aku dah booking test kereta dengan moto . Masa ni , moto aku dapat giliran ke 15 dan kereta pulak aku dapat giliran ke 2 . Mak aihh ! Yang kereta tuh , orang pertama yang patut test kereta dulu tak datang dan masa tuh aku kena test moto . Uwaa ! Stress gila . Dengan nervous dan stressnya , aku buat moto . First ujian , yang kena imbangkan moto atas titi . Masa tuh , tayar depan moto aku dah turun dah tapi disebabkan aku tak yakin yang aku dah cukup 7 saat ke belum . Konon-kononnya nak perlahankan moto tuh , tapi moto yang aku naik tuh buat hal . Aku brek sikit je terus berhenti . Apalagi nak jatuh laa aku , dan akhirnya kaki aku pijak tanah . Gagal ! Frust kot aku . Aku teruskan dengan jalanraya . Lepas sudah semua . Cikgu kat situ terus panggil aku untuk ujian kereta . Aku tengah frust ni , boleh pulak dia panggil aku . Masa tuh rasa nak campak je cikgu tuh dalam longkang . Tapi aku cuba bersabar , tak baik derhaka kat cikgu , tak berkat . Lepas daki bukit , buat parking dan tiga penjuru semua . Aku lulus semua tuh . Tapi tetap frust menonggeng . Keputusannya . moto aku gagal ! Kereta aku lulus . 

Seminggu aku tak makan nasi tahu !

09 March 2014
Aku pergi lagi litar memandu . Nak repeat test laa ! Masa ni dah tak nervous dah . Aku dah nekad dah , kalau tak lulus jugak , aku malas nak repeat dah ! Giliran aku time tuh last sekali , aku lupa nombor berapa . Dan akhirnya lulus ! LULUS ! hahaha .

Hari ni aku dah dapat lesen P aku yeayy !

Moral of the story , jangan mudah putus asa ! Jangan jadi macam aku , first trial dah frust menonggeng , tak makan nasik . Tak boleh macam tuh , cuba lah lain kali pulak . Okayy !

Babaiii

XOXO XD


Huishh ! Sakit hatinya !

Assalamualaikum dan hai !!

Sakit hati ! Sakit hati ! Tahu tak ? Sakit hati campur geram bila kita cakap jangan kacau orang tuh kacau jugak ! Rasa nak hempok pakai kayu . Dushh ! 

Ni haa ! Ada sorang mamat ni yang tak habis-habis kacau aku . Buat malu kaum lelaki jela dengan perangai dia sorang tu . Kalau aku cakap tak reti bahasa kang takut terasa pulak . Buat bodoh makin menjadi-jadi 'kedesperatannya' tu . 

Aku kenal mamat ni melalui facebook walaupun aku tahu betapa bahayanya kawan dengan orang tak kenal . Dah dia yang start tegur aku , kalau aku tak balas , nanti aku pulak yang dikatanya sombong . Aku pun balas tegurannya dengan harapan dia ni boleh buat kawan hahaha. 

Tapi ! Eey geram laa aku ! Belum sampai satu jam dah mintak nombor . Aku pun cakaplah takboleh . Dia mintak lagi , aku dengan bengangnya tak reply dia punya chat . Dalam masa 10 minit ,berpuluh-puluh message aku dapat . Serabai aku ! 

Last sekali , disebabkan dah takde cara lain , aku pon dah serabut sangat , aku block dia ! Padan muka , lenguh dah jari-jari aku ni taip jangan kacau aku , jangan kacau aku .

Sekarang ni , baru aman aku nak berfacebook hahaha . 

Babaii Mamat Desperate !


Hurts .



Hurts . Its really hurt when you mind ask you to stop loving someone but your heart still does . Its bad when you still hoping to the person , who you ask to leave you alone , to miss you . It sucks when the ones who once told you that they will never hurts you , is actually the ones who hurts you the most . 

Sometime it isn't about our own feeling but someone's feeling . Because of someone's feeling we're getting hurts . Its just like you had to ask your love to leave .

Sometime you have to let them go because they are toxic to you . Let them go because they take and take and leave you empty . Let them go because in the ocean of life when all you're trying to do is stay afloat , they are the anchor that's drowning you . 

They maybe hurts you . But through them , you learn about trust and the importance of being cautious when you open you heart .

Tenuk tu apa ??

Assalamualaikum dan haiii !

Tenuk ? 

Tenuk ?

Hahahaha ! Main-main pulak .

Okayy , sebenarnya aku tak suka sangat dengan binatang ni . Bagi aku , binatang ni menakutkan . Comel la macam mana sekalipun , bila aku cakap aku takut maka aku takut hahaha !Especially , binatang yang dipanggil....

Kucing .



Aku ada sejarah hitam dengan binatang ni ! muahahahaha(evil laugh)

Okayy ! Straight to the point , tenuk ? 

Aku baru dengar dan kenal perkataan tenuk ni sejak aku datang Sester . Hmm..tak jugak sebenarnya . Haa ! Aku kenal perkataan ni dari kawan aku , Mimi . Kalau gaduh je dengan sesapa mesti dia panggil orang tuh tenuk . Aku pon tak paham apa yang special sangat dengan tenuk . Kadang-kadang aku pon dia panggil tenuk(kurang asam jawa betol)...

Tapi apa-apa pun , aku tetap suka dengan perkataan tenuk tanpa mengetahui apa itu tenuk hahaha.. Bila kawan aku sebut aku pon sebut.. Sampai kadang-kadang aku panggil kawan aku tenuk . Kawan aku pun taktahu yang sebenarnya aku taktahu tenuk tu apa .

First time , dalam pikiran aku  , tenuk tuh adalah sejenis..sejenis apa ehh ? entahlaa , yang pasti benda yang pelik dan mungkin comel ?hahahha a'aa comel ..Pelik kan ?

Ada satu malam tuh , kitorang gurau-gurau dalam group kat facebook dan aku panggil kawan aku tenuk . dan aku rasa macam dah tiba masa aku untuk tahu apa itu tenuk hahaha..

Aku pon tanya laa sahabat baik aku Si Mimi ni .

Aku : mimi , tenuk tuh apa ?

Mimi : tapir laa..

Dan aku macam terkejut gila . Lepastuh , aku gelak sorang-sorang dalam bilik . Sampai umi aku terpaksa ketuk pintu bilik aku dan tanya kenapa hahaha .

Laa..Tapir ke ? Selama ni aku ingat tenuk ni macam barbie doll ke.. hahahaha

Tenuk..tenuk si hitam putih



Say Hii to T.E.N.U.K

Okayy !! Got to go

Babaii 

XOXO XD

Akhirnya..Jumpa jugak !

Assalamualaikun dan haiii !

Yeay ! Akhirnya , jumpa jugak ! Dah berminggu-minggu aku cari benda ni ! Macam-macam supermarket aku masuk tapi tak jumpa . Ada memang ada tapi bukan yang aku nak . Aku nak chocolate tapi ada strawberry laa , satu lagi tuh apa entah aku lupa . 

Nak tahu apa benda tuh ?!

Ni haaa !

Penat tahu tak ! Nak cari wafer ni ! Berminggu-minggu aku kempunan dan akhirnya , semalam aku jumpa jugak wafer ni . Tiga bungkus aku beli . Bungkus ke ? Lantaklah . 

Ngap ! Mmm.. nikmat gila bila gigit wafer ni ! Wafer yang rangup yang lagi enak . Sekali gigit aku rasa macam terbang di awan biru(melebih laa pulak).. 

Takdelaa ! Wafer ni macam peneman akulaa . Bila aku stress , serabut aku makan benda ni . Bila bosan , aku cari jugak benda ni . Nampak tak betapa pentingnya wafer ni kat aku hahaha .

Macam mana laa diet aku nak menjadi(diet laa sangatkan)hehehe...

Aku ingat lagi dua minggu aku tahan makan nasi satu kali sehari sebagai ganti nasi aku makan wafer ni . Bila aku timbang berat badan aku dengan harapan berat aku turun 2-3 kg ke . Tapi hancurrrr ! Bukan turun , naik 3 kg ada laaa .

Apa-apa pun , aku tetap sayangkau Nestle Crunch Wafer ! Mmuaah ! Mmuaah ! :*


Okaylaa ! Got to go ! 

Babaiii !

XOXO XD

Kawan atau Lawan ?

Assalamualaikum dan Hallu hallu !!!

So , see the post title gempak tak gempak tak ? hehehe

Hari ni aku nak cerita pasal KAWAN ATAU LAWAN ?

Okay , sekarang ni banyak orang dok bercerita pasal kawan makan kawan ni kan ? Kekadang aku pon naik bosan . Yang aku hairan , kenapa ada jugak manusia yang nak makan kawan sendiri dah kehabisan makanan ke uolls sampai nak makan kawan sendiri(okayy..yang ni melawak tak jadi ) hehehe . Maksud kawan makan kawan ni bukan makan ngap ! macam tuh tapi tikam belakang . Korang fahamkan maksud kawan makan kawan takkanlah tak paham .

Ciri-ciri kawan makan kawan ni atau lebih famous lagi Pengkhianat macam ni :

Sukar menerima hakikat
Okay , bila uolls berjaya mendapatkan apa yang uolls mahukan . Contohnya , kalau bebudak sekolah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan cenggitulaa . Kawan korang akan memberikan komen-komen yang negatif dan berbaur dengki . Contohnya , "Ala , meniru ! Aku pon boleh!" ataupun "Aku boleh dapatkan yang lebih baikla !" .Tapi aku tak nafikan kekadang aku pon jealous gak dengan kengkawan aku yang dapat result okay daripada aku tapi takdelaa aku tuduh dia meniru . Aku nampak kot kengkawan aku ni study bagai nak gila takkan aku nak buat statement diorang meniru . Dan bila aku tahu result aku rendah daripada diorang , aku cuba tiru style diorang . Macammana diorang study , cara diorang susun jadual .

As a friend pulak , bila kita dah tahu yang kawan kita ni lemah bantulah . Ni tak , buat taktahu je kat kawan tuh . Lepastuh , macam mana dia nak berjaya kan ? Si lemah tuh pulak cuba-cuba laa bertanya dengan bebudak yang power , kalau kita tak usaha macam mana nak berjaya . Usaha takkan datang bergolek ! 

Macam Chipsmore (Kejap ada , kejap takde)
Okayy , yang ni pulak macam ni . Setiap orang pasti ada masalah . Kan , kan , kan ?Kadang-kadang kita pon nak someone terdekat dengar masalah kita .At least , dengan cara tuh kita boleh kurangkan sikit bebanan dan keserabutan kita . Mana tahu dia boleh tolong selesaikan masalah kita . Tapi , kawan kita ni pulak bila dia ada masalah macam-macam cara dia contact kita . Tapi bila kita ada masalah dia buat bodoh je . Bila kita nak luahkan perasaan kat diorang macam-macam alasan diorang bagi . Sibuk laa , ada kerja laa .Langsung tak hiraukan kita . Dia sibuk dok enjoy dengan kawan-kawan yang lain , tetapi kita dok berteriak sesorang .Spesies ni memang tak boleh buat kawan .Bila susah dicari ,bila senang dibuang .

Hmmm , what else ??? Actually , banyak lagi tapi aku dah ngantuk . So , kalau aku rasa rajin nak tambah , aku tambah . Tapi kalau malas , malaslah hehehe .

So , kepada insan-insan diluar sana . Bersahabatlah dengan ikhlas . Buang rasa iri hati ,dengki  , perasaan negatif terhadap kawan kita . Buat apa nak rasa semua tuh , kawan kita jugak kan ? Saling menolong laa , saya senang , awak senang . 

Alaa , macam Titanic tuh ,

You jump , I jump .


Got to go . Babaiii .

XOXO XD

Aku NEWBIE

Assalamualaikum dan haiiiii 

Actually , aku baru je berblog ni , tetiba rasa bosan dan rasa nak berblog .Sebabnya aku takde kerja . Al-maklumlahh , aku tengah tunggu result SPM yang tinggal berapa bulan lagi nak keluar .Erk.

First , aku nak mintak maaf bebanyak sebab ayat bm aku tunggang-terbalik . aku tak reti nak mengarang dengan ayat yang betul haha . Fact , aku lebih minat mengira daripada menulis . Aku memang gila nombor .

Tak kiralaa ayat bm ke ayat bi ke semua tunggang-terbalik-tergolek .erk ==' .

Aku tetiba terdetik nak berblog ni sebab aku tengok kengkawan aku . macam syok je hahaha XD . Aku rasa nak berkongsi cerita , kisah yang aku tahu yang aku jalani setiap hari . (betul ke ayat aku tuh) .
Cerita yang mungkin aku belajar dengan kawan-kawan aku dan banyak lagi .

So , harapan aku , harap-harap ramai yang rajin nengok blog au yang tak berapa nak cantik lagi ni .

Babaiii ! XD